Home

gunsenapang's Journal

Sunday, September 13, 2009

9:17AM - Move on


Move on. Focus on for movign forward.

People with thier own achievement. Either you want to change or just let people change it up to you.

"The road to success is always under construction. "

Monday, May 18, 2009

10:00PM - Preparation

A Engineer is always a engineer. In civil engineering, project management is a must thing to do in any function, which is focus on plannming part. As majoring in transportation and traffic engineering, like it or not, I will do more analysis with all statistic.

Believe or not, I calculate all my guest divided by each area, uniten staff, uniten students, uniten degree friends, Y.U.M.S Yamanashi university Malaysian Students, UPM master friends, MRSM Ps friends, Centre of Modern Language Friends, SMKE, SMBBB, Geng Jurnal and etc.

An as a overall approach, i did msg all in my simcard contact no. , I did msg all in Friendster and Facebook list.

I have 4 page checklist and a 3 days itinerary.

Huh It's enough?

++++++

Special semester, just focus on my publication and effort to help people with "pengurusan harta pusaka" .
My wihte board almost full of do to list, and I don't when it can be erase since very slow action taken to complete the task.

++++

Just worry about mama, recently the worries is to much to jump up her blood pressure. Need to cool her down.

don't worry la mama....  InsyaAllah, everything in schedule.

-shuhairy-

Friday, March 27, 2009

Thursday, March 19, 2009

2:40PM - I need a break!

Tomorrow, I will run away.

Makassar, Indonesia. Here I come.

Before my flight to Makassar tommorrow, I need to settle
1) COPPA
2) Pavement design group project outline 
3) marking Highway and Transportation Engineering Laboratory Test 
4) Prepare answer for Part A - Lab test

tuh jer? jawabnya malam nie x tido! 
Boleh ker? InsyaAllah. 

-napang-

 

Wednesday, March 18, 2009

12:33PM - pening


Busy with COPPA!

Code of Practice for Programme Accreditation.

- It's look like I need to prepare more than I had assumed.  Too much.

 

-shuhairy-

 

 

Saturday, March 7, 2009

7:30PM - Al Fatihah buat insan yang disayangi ramai Amir Yusof


I just came back from rugby field, for 1st day Kejohanan Sukan Mahasiswa (KSM) phase 2. As i open ludi blog. I read this.....


Salam. Amir Yusuf lebih disayangi dan kini pulang kepangkuanNya jam 12.51 tengah hari waktu Glasgow (8.51 malam waktu Malaysia). Al Fatihah! Mogo rohnya dicucuri rahmat sentiasa“, bingkis terbaru es-em-es NFAM jam 9.15 malam sebentar tadi dari Glasgow.


Kehilangan seseorang yang kita amat sayangi, masih segar dalam perasaan aku. Ketika Fajar mula mencoretkan cerita tentang Amir Yusof, waktu itu memang aku baru pemergian arwah abah. Aku acapkali risau akan nasib Amir Yusof, kerana aku tahu apa peritnya kehilangan. Aku tahu Amir Yusof amat disayangi oelh ramai orang yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada Fajar. Tetapi Allah lebih menyayangi. Aku sering mendalami apa yang Fajar rasa.... aku benar merasai dan faham.

Fajar , 

Sesungguhnya kau lah lelaki terhebat. Kau lah seorang ayah yang tabah. Kau harungi segala ini selama hampir setahun. Tiada sesaat pun kau terlepas untuk buat yang terbaik untuk Amir Yusof. Fajar, kau lah seorang ketua keluarga yang terbaik. Kau gagahi jua apa rintangan demi untuk keluarga kau. Aku sanjung kau Fajar. 

Tabahlah Fajar. Aku teramat sedih membaca apa yang ludi catatkan. Aku tahu kau lagi sengsara. Tapi Fajar, kau sudah berusaha sehabisnya. Alhamdulillah, tanggungjawab kau terhadap Amir Yusof aku kira yang terbaik.

Amir Yusof memang disayangi semua orang. Amir Yusof senantiasa didoai oleh semua orang. Redhakan ia pergi Fajar.
Aku tahu ia perit Fajar. Dia amat-amat disayangi oleh semua dan Allah s.w.t.

Aku doakan untukmu Fajar. Semoga Amir Yusof ditempatkan paling istimewa disana. Aku sentiasa akan mendoakan untukmu Fajar. Untuk keluargamu. Anis dan Najla. Biarkan pun aku tidak pernah bersua sapa dengan mereka. Aku akan sentiasa mendoakan untuk keluargamu. Kalian lah kelaurga yang tabah dan paling redha untuk menerima semua ini.

Al - Fatihah.

Innalillahiwainnailahiraji’un

-napang-

http://www.fajaril.net/blog/






Gambar ini aku ambil dari  http://bluehikari.com/nikki/

Tuesday, February 10, 2009

2:20PM - Kursus di Putrajaya

Sabtu dan Ahad lepas, aku berkursus di percint 8 Putrajaya.

Mereka hadiahkan sebuah buku.
"Memasuki Gerbang Perkhawinan".

-napang-

Monday, January 5, 2009

8:17AM - Bilik Bedah

Kata mama, kalau lah arwah abah tahu aku akan mengambil keputusan untuk masuk ke bilik bedah, tentu arwah akan gembira.

Al-Fatihah untuk arwah abah. 

p\s- aku akan berada di wad barangkali selepas di bilik bedah. (Az-Zaharah)

Begitulah kehidupan 

Wednesday, December 31, 2008

11:16AM - begitulah kehidupan

This list shoulb be done before another list came out.

Gambare.

Sunday, December 28, 2008

8:47AM - Tragedi 29 September 2008

Assalamualaikum,

Pada 29 September 2008, satu musibah telah menimpa keluarga saya. Bapa saya telah meninggal dunia akibat satu kemalangan jalanraya di Jalanraya Gerik-Jeli. Keluarga saya bukan sahaja kehilangan bapa tetapi turut mengorbankan datuk dan nenek tiri saya.
 
Sebagai anak yang sulung, saya berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan arwah bapa saya. Sudah tentu yang pertama saya uruskan mengenai hutang piutang arwah bapa saya. Alhamdulillah, arwah tiada hutang yang tertunggak. Saya seterusnya menguruskan hal-hal lain antaranya, Insurans nyawa, Insurans kemalangan, pencen kakitangan kerajaan, potongan pencen rumah, pemindahan pencen, akaun bank, KWSP, ASB, tabung haji, kereta, motorsikal, rumah dan lain-lain.
 
Urusannya bukannya mudah, kehulu kehilir saya, naik turun pelbagai organisasi dan pejabat. Itu tidak termasuk lagi dengan kerenah birokrasi antara pejabat-pejabat diatas. Saya mula mengenali pejabat pesaka kecil yang mana pejabat pendaftaran untuk pembahagian harta pusaka. Orang baru seperti saya sudah tentu tidak faham, urusan harta pusaka adalah sebenarnya di PEJABAT TANAH!! Pening sahaja dibuatnya. Keluarga saya masih bersedih kehilangan orang tersayang, disajikan pula dengan kerenah-kerenah ini.
 
Saya mula bertanya sana sini untuk pengurusan harta pusaka. Alangkah terkejutnya saya, banyak keluarga hadapi masalah untuk menguruskan harta pusaka. Antaranya tiada persefahamanan antara waris. Alhamdulillah bukan keluarga saya. Sebab lainnya, ramai waris tidak tahu bagaimana untuk menguruskannya. Saya yang berpendidikan universiti ini pun pening juga menghadapi kerenah ini. Bagaimana agaknya golongan awam biasa yang menghadapi musibah kematian untuk menghadapi ini semua.
 
Menurut maklumat perangkaan kerajaan Malaysia, 4 billion harta pusaka di Malaysia beku dan tidak boleh diuruskan. 3.8 billion daripadanya adalah harta pusaka orang melayu. Semua ini disebabkan tiada permuafakatan dan yang paling utama pemilik harta itu semasa hayat hidupnua TIDAK PERNAH PENGURUSKAN HARTA PUSAKA dengan kata lainnya, tidak menguruskan wasiatnya.
Setelah mengenali WASIYYAH SHOPPE, saya telah pun merancang pengurusan harta pusaka saya. Biarlah ia diuruskan mengikut syariah. Saya tidak mahu waris saya menghadapi masalah. ALHAMDULILAH, WASIYYAH SHOPPE adalah penyelesaian terbaik yang saya syorkan.
 
Hubungi saya untuk perkongsian dan penerangan PERCUMA tentang pengurusan harta yang terbaik.
-shuhairy norhisham-
017 2216947

Saturday, December 27, 2008

8:27PM - DISKAUN rm100 untuk mendaftar IN-HILAL, merancang harta pusaka

Diskaun hujung tahun 2009. (20/12/2008 ~ 31/12/2008 sahaja)

DISKAUN rm100 untuk mendaftar IN-HILAL, merancang harta pusaka anda.
Tawaran ini hanya untuk 10 orang yang pertama sahaja
(diskaun ini hanya potongan yuran pendaftaran in-hilal)

Daftar untuk mendaftar IN-HILAL, perancangan pengurusan harta pusaka (wasiat) anda.

11 MANAFAAT IN-HILAL

1) Proses tuntutan harta pusaka PERCUMA (pengurusan harta pusaka)

2) Dokumen Perlantikan Wasi & Wasiat Islam PERCUMA

3) Perubahan dokumen PERCUMA

4) Diskaun 15% untuk produk Wasiyyah Shoppe yang lain

5) Diskaun 20% untuk kes proses tuntutan harta pusaka untuk ahli keluarga

6) Upah Haji RM2000

7) Sumbangan amal jariah

8) Insentif

9) Insentif pencapaian

10) Kerjaya bersama Wasiyyah Shoppe (peluang menjadi perunding pengurusan harta)

11) Manafaat seumur hidup

hubungi:-

Shuhairy (napangku@yahoo.com) (017 2216947)


Monday, December 22, 2008

10:03AM - Pengurusan Harta Pusaka

Pengurusan Harta Pusaka.
- wajib bagi kita laksanakan kepada waris kita yang berhak.

http://shuhairywasiyyah.blogspot.com/

Thursday, December 11, 2008

Saturday, November 22, 2008

1:30PM - Berusahalah!

Banyak sebenarnya berlaku dan berubah seperti pemergian abah. Ramai org yang sedang memerhati tidak rasa akan perubahan ini. Aku juga sengaja tidak mahu jadikan pandangan org lain berubah tentang siapa diri aku. 

Banyak yang belum diuruskan. Banyak yang perlu dilaksanakan. 
Aku waris sulung lelaki. Tannggungjawab di tangan aku. 
Aku cuba untuk melaksanakan. 
Mama adalah fokus utama sekarang. 
Tapi semakin sukar untuk aku melaksanakan. 
Atau hanya aku yg terasa. Sebenarnya sudah cukup apa yg aku laksanakan.

Biarlah. Aku hanya berusaha. 

Kenangan indah itu tiba-tiba menerjah. Rindu itu semakin terasa. Pemergiannya makin dirasai.
Moga ia berada dikalangan golongan orang beriman. Amin. 

Aku semakin tepu untuk fikirkan semua ini. 
Tanggungjawab adalah yang paling utama. 

-ei- 

Friday, October 17, 2008

6:54PM - al-fatihah.


Aku hanya mendapat kekuatan untuk mencoretkan disini hari ini.
Sudah 17 hari perkara ini berlaku. Aku masih terbayangkannya.
Moga arwah abah ditempatkan dgn orang-orang yang beriman.

Sudah 17 hari aku mengalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Anak lelaki sulung.
Minggu depan, man akan konvo. Man tanya semalam, "siapa akan masuk ngan mama? tiket ada dua nie?"

walaupun tiada nada sedih disebut man.. tapi dia tidak sengaja bertanya begitu... Aku yg menjadi sayu ketika mendengarnya. Berpaling, cuma sembunyikan apa aku rasa. Aku menjawab dgn nada yg biasa. " Along... Along yg akan masuk dgn mama."

Harap Man akan selesa dgn jawapan aku. Tiada lagi abah untuk ke konvo man.

Begitulah kehidupan.

http://utusan.com.my/utusan/info.aspy=2008&dt=1001&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm

Tuesday, September 23, 2008

11:56PM - Begitulah Kehidupan

"When you want what you're never had, you must do what you've never done"

  

Wednesday, August 27, 2008

8:35AM - 10 tahun untuk segulung ijazah


23/08/08
Dewan Seri Sarjana
Universiti Tenaga Nasional


Selepas membawa mama, abah dan intan ke depan Dewan Seri Sarjana (DSS), aku menuju ke belakang dewan. Kena scan dulu kad nama ini. Barak dah ada dibawah khemah yang disediakan untuk kami beratur. Syaf menyusul kemudian. Kemudian Acong, Farid, Wesentera, Syed dan semakin ramai kami berkumpul di bawah khemah itu.  Semuanya rakan-rakan yang aku gelarkan “The Last Five Years”. Kelompok pelajar terakhir untuk program 5 tahun sebelum program ini ditukarkan kepada program 4 tahun. Riuh rendah, masing-masing ingin merakamkan kenangan terindah hidup ini. Berebut-rebut mahu masuk sekali dalam foto berkumpulan. Sememangnya budak “civil” paling riuh.

 

Memandu graduan memberi isyarat untuk kami mula berjalan memasuki dewan. Barisan itu akan terberhenti-henti mungkin menungu arahan selanjutnya dari pemandu graduan. Udara dingin dari celah pintu dewan memang agak sejuk menggambarkan lagi suasana di dalam dewan. Aku memerhatikan semua rakan-rakan, tiba-tiba semuanya senyap. Berdebar-debar semuanya. “Aku cuak ni” kata Aliyyah yang dibelakang aku. Syaf yang berselang 3 orang dari aku memandang sambil senyum. Tapi masih diam. Semuanya berdebar.

 

Kami diarah masuk ke dalam dewan. Iringan muzik gamelan menyemarakkan lagi semangat aku. Intan berada ditepi kumpulan gamelan. Klik, satu gambar aku ditangkapnya. Intan masuk memakai tag petugas. Nasib baik bekas pemain gamelan, dapat juga menyelit ke dalam dewan. Kami masih berjalan bersusun-susun mengikuti alunan gamelan. Asyik dalam debaran.

 

Perarakan masuk staff akademik, kemudian perarakan besar jemaah pengurusan serta ahli senat. AP Dr. Lariyah melambai pada kami, syaf yang berada barisan tepi, apa agaknya diucapkan pada syaf. Akhir sekali perarakan Canselor dan pro-canselor beserta cokmar. Penuh istiadat sambil gamelam masih dipermainkan.

 

Selesai sahaja cokmar diletakkan. Serentak itu juga lagu UNITEN dinyanyikan. Aku terharu dan perasaan bercampur aduk. Aku bersemangat menyanyikan lagu UNITEN. Mana tidaknya disinilah hidup aku pulih kembali. Memberi peluang untuk mencari ilmu dan rezeki. Aku yang paling lantang menyanyikan lagu itu. Aku tahu orang lain mungkin 2 atau 3 kali mendengarnya. Lagu ini lagu baru, masa kami mula masuk dulu tiada lagi lagu ini.Tidak apa, aku tetap menyanyi lantang. Tiba-tiba suara aku jadi sebak. Aku rendah suara aku, aku begitu emosi untuk lagu ini. Aku begitu sebak. Mata aku berkaca. Aku yang tadi menyanyi lantang kemudian merendahkan suara menyembunyikan sebak aku. Apa tidaknya ini lah tempat yang berjasa.

 

Tuan Hj. Ali, pengarah Pusat Islam mula membaca doa. Tn. Hj. Ali inilah yang dulu aku jumpa ketika merayu untuk masuk ke UNITEN. Ketika itu dialah penolong pendaftar. Aku kenang sungguh apa yang dibuat. Katanya, manusia semua mempunyai pontesi yang sama. Aku diberi peluang di UNITEN 4 tahun dulu. Doa tuan haji tetiba menjadi sebak.

Ketika dia menyebut “kenangkan jasa pesyarah-pesyarah kami, staf-staf UNITEN kami……Engkau lah yang memberi kekuatan kepada pensyarah kami untuk mencurahkan ilmu dengan penuh dedikasi” , tiba-tiba air mata berkata aku berderai juga. Lelaki seusia 31 tahun ini mengalirkan air mata juga. Bukan titisan lagi air mata ini. Berjurai-jurai ia mengalir. Aku tahu ada yang perasan apa yang terjadi pada aku. Tapi aku tidak dapat membendungnya lagi. Inilah kejayaan 10 tahun yang aku impikan. Yang amat payah aku gapai. Akhirnya. Air mata aku semakin laju bila tuan haji Ali menyambung doanya , memnyebut tentang pengorbanan ibubapa dan jasa mereka. Aku hanyut dalam esakan aku keseorang dalam beribu orang dalam dewan tersebut. Tidak mengapa, aku hanya tangisi pengorbanan 10 tahun ini demi segulung ijazah. Susah benar jalan 10 tahun aku. Tapi aku bersyukur, Allah memberikan jua akhirnya.

 

Aku cuba perlahan-lahan meredakan sedu aku. Aku biarkan air mata ini kering sendiri. Aku rasa agak lega. Beban usaha 10 tahun aku rasa ia mengalir dalam air mata itu. Aku mampu tersenyum kembali. Aku lega, amat bersyukur. Sesekali aku toleh kebelakang, kadang kala mama tertidur, kadangkala abah pula tertidur. Lama agaknya upacara konvokesyen ini. Mama ada menyebut semalam dia rasa nak demam. Aku tertiba kembali sebak. Aku tahankan juga. Itulah orang tua yang sabar menanti kejayaan aku. 

 

Aku sudah dalam barisan. Menuggu giliran untuk mengambil ijazah dari canselor. Sesampai hampir ke pentas, ramai pula staff yang berada dibarisan duduk ahli akedemik melambai. Aku tersenyum. Tiba untuk barisan di depan sebelum melangkah ke pentas, seorang pemandu graduan membetulkan tali leher aku. Aku hanya tersenyum. Mereka rakan sekerja aku juga. Aku bersyukur, ramai yang menyokong.

 

“Terima kasih Tun”, aku terus melangkah merentasi pentas. Aku pegang erat album sijil itu disisi. Aku benar bersyukur. Aku mampu tersenyum ke arah kamera di hujung pentas.

 

Selepas selesai upacara, aku bergegas keluar. Aku disambut oleh Intan dengan sejambak mawar biru. Memang dia yang tahu warna kegemaran aku. Inilah mawar pertama dalam hidup aku. Terima kasih Intan. Mata aku melilau mencari mama dan abah. Akhirnya satu pelukan dari mama dan abah beserta ucapan tahniah. Biar suka mana pun aku bergambar, gambar yang paling aku suka adalah gambar bersama mama dan abah yang memakai mortar board sebagai satu symbol kejayaan mereka untuk diri aku. Terima kasih mama dan abah.

 

Terima kasih yang memberi ucapan. Terima kasih yang sentiasa memberi sokongan.

Terima kasih Yang Maha Esa. Kau kurniakan juga niatku ini. Syukur teramat.
Hari ini seorang lelaki menangis mensyukuri segalanya pemberian yang maha Esa.  

 

Shuhairy Norhisham

Bachelor of Civil Engineering (Hons.) 

Current mood: happy

Tuesday, August 26, 2008

12:07PM - UNITEN Convocation 2008


Congratulation Engr. Shuhairy Norhisham.
A long hard work (1997 - 2007) . 
10 years a for scroll of degree!!!
Bachelor of Civil Engineering (Hons.) 

Omedetou!
Alhamdullilah..

 

Friday, August 8, 2008

2:23PM - Lelah....

 

  Aku sudah penat. Aku lelah. Izinkan aku berhenti seketika....  Teruskan? Ya, aku yakin aku mampu teruskan. Tapi aku rasa lelah.. penat sudah. Walaubagaimana pun aku berani untuk teruskan walau aku penat. Tapi aku dah lelah.  Aku dah mula merasa macam akan tercedera. Aku punya diri. Aku dapat rasa.

Seronok pula melihat gambar aku menunggang motorsikal STEED Honda di jenel ini. Terasa gembiranya aku, girangnya aku, bebas meluncur kemana sahaja. Bila agaknya ia akan datang kembali detik-detik sebegitu.

Begitulah Kehidupan

 

 

Thursday, July 31, 2008

3:06PM - Dedicate to all CE tutors.....

This song is dedicate to all CE tutors.....   
may all the work hard, all the efforts, all the contributions will gain a good things.

S.I.T.E.O.T.W.

 

Pahit getir hidup.. dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi,demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini S.I.T.E.O.T.W.
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar S.I.T.E.O.T.W.

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...

Shuhairy, Zety n Paei. Gambare!!! Kachi hi bi ga mada toii...   gambarou...

Current mood: tired
Current music: Standing in the eye of the world

Navigate: (Previous 20 entries)

Advertisement